Jawatankuasa Kepengadilan MAVA mengucapkan tahniah kepada En. Lee Khoon Por kerana telah dianugerahkan 'Bintang Kebaktian Masyarakat, B.K.M.' dari DYMM Sultan Kedah pada hari ini. Beliau juga adalah penerima 'Pingat Jaksa Kebaktian, P.J.K.' sebelum ini. Di atas komitmen beliau sebagai peneraju sukan di Negeri Kedah, anugerah ini akan menambahkan usaha beliau dalam meletakkan Negeri Kedah sebagai pesaing utama dalam sukan Bola Tampar khasnya. Tahniah.
Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.)
Bintang ini dikurniakan kepada seseorang yang telah membuat kebaktian dan banyak jasa yang telah disumbangkan secara sukarela. Dikurniakan kepada mereka yang bukan dalam perkhidmatan. Sekiranya seseorang itu dalam perkhidmatan kerajaan boleh dipertimbangkan sekiranya berkelayakan.
1 comment:
Tahniah Mr.Lee...x lama lagi dpt Dato' le tu...hehehe
Post a Comment